PEMAIN berdarah campuran Belgium-Malaysia, Dion Cools sah akan memperkuatkan Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 4 Jun ini.
Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sekali gus menjawab segala teka teki mengenai status pemain yang sedang beraksi di kelab Denmark, FC Midtjylland itu.