Bengkel kenderaan, kedai tayar dibenar beroperasi

Iklan
Bengkel membaiki kenderaan antara sektor yang dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 bermula 1-14 Jun ini.

KUALA LUMPUR- Bengkel membaiki kenderaan dan kedai tayar antara sektor yang dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 bermula 1-14 Jun ini.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini, sektor berkenaan walaupun bukan di bawah kawal selia kementerian namun berkait dengan sektor pengangkutan dan logistik.

Iklan
Iklan

Turut dibenarkan beroperasi secara optima ketika PKP ini adalah 30 perkhidmatan perlu bagi sektor pengangkutan dan logistik.

Bagi sektor udara yang dibenarkan beroperasi, ia merangkumi perkhidmatan lapangan terbang, kargo udara, penerbangan berjadual dan tidak berjadual serta am.

Iklan

Bagi sektor darat, antaranya termasuk perkhidmatan perdagangan, bas, rel penumpang, teksi/e-hailing serta operasi penghantaran barangan 'courier/p-hailing'.

Bagi sektor air ia membabitkan perkapalan, pelabuhan, feri penumpang dan pelabuhan.

Iklan
Dalam pada itu, MOT katanya akan mengeluarkan kelulusan baharu untuk membolehkan syarikat-syarikat berdaftar di bawah Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) beroperasi pada Fasa Pertama PKP ini.

Jelasnya, semua surat yang dikeluarkan di bawah SMILE sebelum ini adalah terbatal dan tidak sah dan ia kini boleh dimuat turun.

MOT turut menggariskan pengurangan kapasiti bagi kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing kepada dua orang termasuk pemandu.

Kapasiti penumpang bagi pengangkutan awam juga dikurangkan kepada 50 peratus kecuali syarikat penerbangan berikutan peratusan penumpang yang sedia ada adalah rendah.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://application.mot.gov.my/