Polis buru banduan lolos dari penjara

Iklan
Usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan termasuk menutup setiap pintu masuk ke daerah ini.

SIBU- Polis Sibu pada Ahad mengesahkan sedang memburu seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pusat Sibu di sini pada tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan termasuk menutup setiap pintu masuk ke daerah ini.

Iklan
Iklan

Identiti suspek, kata Stanley, dikenal pasti sebagai Lee Ka Yieng, 49 tahun, dari Sarikei.

"Ketika melarikan diri, dia merupakan pesalah yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan narkotik di Kapit pada November lalu," tambahnya.

Iklan

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana suspek dapat meloloskan diri dari penjara tersebut.

Tular di media sosial di daerah ini semalam, suspek turut merupakan kes positif Covid-19.

Iklan

Namun, Stanley enggan memberi sebarang ulasan kerana belum mendapat maklumat lanjut mengenainya. - Awani