Penjaga gol Orange positif Covid-19

Iklan
Jasper Cillessen terpaksa melupakan hasrat menjalani latihan pusat di Portugal menjelang saingan Euro selepas disahkan positif Covid-19.

PENJAGA gol utama Belanda, Jasper Cillessen terpaksa melupakan hasrat menjalani latihan pusat di Portugal menjelang saingan Euro selepas disahkan positif Covid-19.

Penjaga gol Valencia itu selain disisihkan dari latihan di Algarve, juga terpaksa melupakan aksi persahabatan menentang Scotland pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Pada masa ini pegawai perubatan skuad Belanda sedang memantau situasi Cillessen, selepas pulih beliau akan kembali bersama skuad The

Orange," kata Persekutuan Bola Sepak Belanda.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, penjaga gol AZ Alkmaar, Marco Bizot, yang sebelum ini tidak tersenarai dalam kesebelasan 26 pemain oleh Frank de Boer, telah pun dipanggil menyertai latihan di Portugal tersebut.