PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Seramai sembilan individu dikompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan majlis sambutan hari lahir di sebuah pejabat urusan di Ara Damansara di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, seorang penganjur majlis dikompaun sebanyak RM25,000 dalam pemeriksaan mengejut pada jam 2.50 petang.