Hanya 34.6 peratus rakyat Pahang daftar vaksin
Iklan
KUANTAN - Bilangan penduduk Pahang yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin masih rendah iaitu kira-kira 415,000 orang atau 34.6 peratus berbanding jumlah sasaran 1.2 juta orang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, angka itu bukan satu pencapaian yang boleh dibanggakan dan masih jauh dari jumlah yang disasarkan.