PGA gagalkan cubaan seludup migran

Iklan
Lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai 'transporter' membawa migran Indonesia. - Foto PGA

PONTIAN - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup migran dengan penahanan tiga individu, termasuk seorang 'transporter' tempatan dalam Ops Benteng di Jalan Kampung Sinar Harapan dekat Pekan Nenas, pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, dalam operasi kira-kira jam 9 pagi itu, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun yang dipercayai bertindak sebagai 'transporter' bersama dua lelaki warganegara Indonesia berumur dalam 39 dan 47 tahun.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal terhadap kedua-dua suspek, mereka mengaku baharu sahaja masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan.

"Kita turut merampas sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang digunakan oleh suspek lelaki tempatan bagi tujuan menghantar kedua-dua suspek warganegara Indonesia.

Iklan
Tiga lelaki yang ditahan dalam Ops Benteng di Jalan Kampung Sinar Harapan dekat Pekan Nenas pada Khamis. - Foto PGA

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM9,500 dan mata wang Indonesia berjumlah RP 3,000,000 (RM868)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya, kesemua suspek yang ditahan dan barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 26(a) Akta Atipsom/Sek 6(1) Akta Imigresen.

Iklan

Beliau turut meminta agar orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin di jalan yang tidak diwartakan.