Bambaazon angkat tema keberanian, ketahanan dan kebaikan

Iklan
Jon Jon, watak utama dalam filem web animasi, Bambaazon.

SHAH ALAM - Petronas meraikan Kaamatan tahun ini dengan filem web animasi bertajuk 'Bambaazon', sebuah kisah yang meneroka tema keberanian, ketahanan dan kebaikan dalam menghadapi kesulitan.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Anita Azrina Abdul Aziz berkata, berlatar belakang sawah padi yang indah, filem web animasi itu menceritakan mengenai kisah persahabatan di antara penghuni alam semula jadi yang baik sehinggalah munculnya ancaman kepada watak utama, padi bernama Jon Jon.

Iklan
Iklan

Menurutnya, filem web animasi itu meraikan semangat komuniti dan kemahuan untuk bertahan ketika menghadapi perkara yang tidak menentu mendorong mesej mengenai kekuatan dalam kesatuan.

Salah satu scene yang menampilkan Jon Jon telah membantu burung dengan memberikan makanan.

"Bambaazon merupakan satu keberanian yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam tempoh mencabar ini. Kami berharap ia dapat memberikan inspirasi dan menyebarkan kegembiraan sambil meraikan tindakan keberanian dan kebaikan dalam menghadapi kesulitan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, Bambaazon ialah filem web animasi Keamatan pertama Petronas yang kini tersedia dan disiarkan untuk tontonan di saluran YouTube rasmi dan laman Facebook Petronas.

Sebelum ini, pada awal Mei lalu, Petronas melancarkan filem web animasi sepenuhnya Syukur Raya untuk Hari Raya Aidilfitri.

Iklan