Ahli Parlimen Lanang positif Covid-19

Iklan
Alice Lau mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19 menerusi catatan di akaun Facebooknya pada Khamis.

SIBU - Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng hari ini mengesahkan bahawa beliau didapati positif Covid-19.

Perkara itu didedahkan Alice menerusi catatan di akaun Facebooknya pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Ujian telah mengesahkan bahawa saya positif Covid-19 pada 25 Mei lepas dan kini saya menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Kementerian Kesihatan di Sibu,” katanya dan menambah ketika ini beliau dalam keadaan sihat.

Alice berkata, anak lelakinya yang merupakan kontak rapat beliau disahkan negatif, namun akan menjalani kuarantin di rumah, dan seterusnya ujian kedua pada hari berikutnya nanti.

Iklan

Beliau berkata, anggota DAP tempatan juga akan mengambil segala langkah yang perlu termasuk membantu Kementerian Kesihatan mengenal pasti dan menghubungi mereka yang pernah berurusan rapat dengan beliau, bagi tujuan siasatan dan ujian sekiranya perlu.

Beliau seterusnya menggesa orang ramai yang pernah berurusan rapat dengan beliau supaya tidak panik, sebaliknya mengambil inisiatif menjalani ujian dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelak penularan virus itu.

Iklan

Alice turut berkata, pusat perkhidmatan beliau akan ditutup ketika ini, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikenakan di Sibu.

"Bagaimanapun pembantu saya yang disahkan bebas daripada sebarang jangkitan dan bukan kontak rapat, akan meneruskan perkhidmatan pejabat, apabila diperlukan,” katanya.

Menurutnya, mereka yang memerlukan bantuan segera pusat perkhidmatannya boleh menghubungi pembantunya Stanley Chiew dengan menelefon 016-8005838. - Bernama