GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang memohon kerajaan pusat supaya melihat semula keputusan berhubung waktu perniagaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang hanya dibenarkan bermula dari 8 pagi hingga 8 malam yang dikuatkuasakan sejak 25 Mei lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata, ini kerana pihaknya menerima permintaan daripada peniaga pasar pagi agar waktu perniagaan diawalkan kepada 6 pagi.