Tujuh jalan di Pulau Pinang dinaiki air

Iklan
Hujan lebat di beberapa kawasan di pulau menyebabkan banjir kilat berlaku petang tadi.

GEORGETOWN - Tujuh buah jalan di kawasan pulau dinaiki berikutan hujan lebat sejak jam 4.30 petang tadi.

Menerusi Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang, sehingga jam 6.21 petang tadi, Jalan Terengganu dan Jalan P Ramlee telah dinaiki air.

Iklan
Iklan

Selain dua jalan tersebut, persimpangan Jalan Masjid Negeri, Jalan Yap Choy We, sekitar Jalan P Ramlee, Jalan Sungai Pinang dan Jalan Perak turut dinaiki air.

Menurut sumber, beberapa buah rumah di kawasan Jelutong telah dinaiki air pada paras betis akibat hujan lebat.

Iklan
Iklan

Berita menyusul