12 kluster komuniti dikesan sehingga Aidilfitri ke-13

Iklan
Sebanyak 12 kluster komuniti melibatkan sub kluster hari raya dikesan sehingga hari raya ke-13 atau pada Selasa. Gambar hiasan.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sebanyak 12 kluster komuniti melibatkan sub kluster hari raya dikesan sehingga hari raya ke-13 atau pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti itu melibatkan tujuh negeri dan menjangkiti 470 kes Covid-19.

Iklan
Iklan

"Seramai 2,541 kes telah disaring dan satu kes disahkan meninggal dunia melibatkan Kluster Jalan Tahir Manan di Selangor,” katanya menerusi Facebooknya pada Rabu.

Menurutnya, daripada kluster berkenaan juga, dua kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan Kluster Simpang Sahari di Wilayah Persekutuan Labuan.

Iklan
Iklan

"Jumlah ini dijangka bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri,” katanya