Perginya legenda fesyen, Karl Lagerfeld

Iklan
Karl Lagerfeld

IKON fesyen tersohor, Karl Otto Lagerfeld, 85, disahkan meninggal dunia di hospital Paris, akibat menderita penyakit kanser pankreas.

Mendiang yang juga merupakan seorang Pengarah Kreatif jenama besar, Chanel, dipercayai tidak sihat sejak dua minggu lalu sebelum menemui ajal.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Chanel, Lagerfeld dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu.

"Mendiang dah lama sakit tetapi terus melawan dengan berani," kata sumber kepada portal media hiburan luar negara.

Iklan

Terdahulu, mendiang yang juga mempunyai jawatan tinggi dalam jenama Fendi, dilaporkan tidak menghadirkan diri pada acara-acara fesyen terkemuka di Paris kerana keadaan badan yang tidak mengizinkan.

Untuk rekod, anak jati kelahiran Jerman itu memulakan kembaranya sejak 1955 bermula di Pierre Balmain.

Iklan