Manulife lancar dana ekuiti global

Iklan
Manulife

SHAH ALAM - Manulife Malaysia melancarkan dana ekuiti global bagi memperluaskan rangkaian dana untuk pelanggan di Malaysia yang mencari stok berkualiti tinggi di luar negara dan cakrawala pelaburan jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Insurance Berhad, Vibha Coburn berkata, dana tersebut akan dilabur melalui AllianceBernstein (AB) SICAV I - Portfolio Ekuiti Volatiliti Rendah (dana sasaran).

Iklan
Iklan

Menurut beliau, ia bertujuan untuk memberikan peningkatan modal dengan mencapai kualiti dan kestabilan melalui kepelbagaian ekuiti global.

"Portofolio dana sasaran akan dilakukan bagi mengatasi kemerosotan dan juga untuk pemulihan. Ini usaha mendapatkan 90 peratus keuntungan di pasaran yang meningkat, sementara hanya menangkap 70 peratus dari penurunan dalam pasaran yang jatuh.

Iklan

"Platform penyelidikan global pengurus dana sasaran bertujuan untuk mendapatkan syarikat berkualiti tinggi dan stabil dengan harga yang tepat. Ini berpotensi mengalahkan pasaran dan melindungi modal daripada risiko penurunan,” katanya pada Rabu.

Mengulas lanjut, menurut Manulife, dana itu bersesuaian bagi pelanggan yang mencari peningkatan modal, pendedahan pelaburan di pasaran global yang pelbagai selain bersedia menerima tahap risiko yang lebih tinggi dengan keperluan berpendapatan rendah dan mempunyai cakrawala pelaburan jangka panjang.

Iklan

"Kami terus membangun dan meningkatkan penawaran dana berkaitan pelaburan ini melalui pengurus dana profesional untuk menjadikan setiap hari lebih baik untuk pelanggan kami.

"Dana Ekuiti Global Manulife sangat sesuai dengan objektif keberlanjutan rancangan berkaitan pelaburan kami. Dana mempunyai turun naik yang lebih rendah dengan objektif untuk mengatasi penanda aras dalam jangka masa panjang,” ujarnya.