'Bukan tolak vaksin tapi was-was...'
Iklan
KOTA BHARU -"Bukan tolak vaksin...tapi was-was dengan kesannya," itu pengakuan seorang warga emas yang mahu dikenali sebagai Hamid, 59, ketika diajukan soalan oleh Sinar Harian.
Hamid dari Pasir Puteh berkata, keputusan itu dibuat selepas dia mendapat tahu salah seorang penerima vaksin yang berusia 30-an didakwa koma dua minggu selepas menerima dos pertama.