Juruteknik disyaki cuba rasuah ASP polis lebih RM100,000 direman
Iklan
SHAH ALAM - Seorang juruteknik direman tujuh hari untuk siasatan disyaki cuba memberi rasuah wang tunai berjumlah lebih RM100,000 kepada seorang pegawai polis bagi menyelesaikan kes dadah.
Perintah reman bermula Selasa sehingga 31 Mei depan itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor membuat permohonan tersebut pagi ini.