Covid-19: Kemboja lapor 556 lagi kes baharu, tiga kematian
Iklan
PHNOM PENH - Kemboja pada Isnin melaporkan 556 lagi kes harian Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 25,761, lapor Xinhua.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, 540 kes babitkan penularan tempatan sejak gelombang ketiga melanda pada 20 Februari lalu dan sebanyak 16 lagi adalah kes import.