'Buka PPV di setiap daerah atau pecah tiga bahagian'

Iklan
MOHD KHUZZAN

JOHOR BAHRU - Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) perlu membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZaneca di setiap daerah bagi memudahkan rakyat mendapat suntikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, jika tidak dapat dibuka setiap daerah, pemberian vaksin wajar dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Johor utara, Johor tengah dan Johor selatan.

Iklan
Iklan

"PPV bagi vaksin AstraZaneca ini hanya diwujudkan di Johor Bahru sahaja ketika ini. Ini pasti memberi kesulitan kepada penerima vaksin ini. Apatah lagi, golongan warga emas diberi keutamaan dalam program pemvaksinan ini.

"Melalui kes jangkitan semakin meningkat, kerajaan Pusat perlu memudahkan dan mempercepatkan proses pemberian vaksin ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan
Iklan

Kerajaan Persekutuan mengumumkan untuk membuka pendaftaran secara sukarela bagi program vaksin Covid-19 (AstraZeneca) untuk kali kedua yang diperluaskan ke Pulang Pinang, Sarawak dan Johor.