Mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih lebih 5,000
Iklan
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Sabah mencatatkan sedikit peningkatan apabila 4,832 orang membabitkan 1,326 keluarga masih berlindung di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) pagi Ahad berbanding 4,792 orang daripada 1,315 keluarga malam Sabtu.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, daerah Tenom adalah yang paling teruk terjejas dengan 4,221 mangsa ditempatkan di 35 PPS.