Remaja maut, motosikal ditunggang terbabas

Iklan

LABUAN - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang lampu dalam kejadian di Jalan Pohon Batu, Kampung Lajau malam semalam.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata dalam kejadian 11.40 malam itu, Mohd Haffiqri Husdi yang mengalami kecederaan parah pada kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Polis percaya mangsa dalam perjalanan dari pusat bandar ke Pohon Batu ketika kejadian, katanya di sini hari ini.

Katanya kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987 kerana menunggang secara melulu.

Iklan
Iklan

Polis turut meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi talian 087-506222 untuk membantu siasatan. - Bernama