Kain rentang fitnah PH dikesan di Lembah Pantai

Iklan
Kain rentang berunsur fitnah di jejantas Jalan Bangsar. Gambar bawah: Ahli PKR Lembah Pantai bertindak menurunkan kain rentang berkenaan
KUALA LUMPUR - PKR Lembah Pantai mengesan tindakan tidak bertanggungjawab menggantung kain rentang berunsur fitnah terhadap PH di Parlimen itu.

Kain rentang itu bertulis ‘Mahathir letak jawatan!!! Anwar Ibrahim PM ke-8 demi selamatkan Malaysia’ dinaikkan di sebuah jejantas di Jalan Bangsar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai dilakukan oleh musuh politik PH.