Solidariti Palestin

Iklan
Pemuda Pakatan Harapan diarahkan bersurai oleh anggota Polis pada program konvoi solidariti kenderaan secara berkumpulan bagi mendesak Amerika Syarikat agar tidak mencampur tangan dan akur kepada gencatan senjata Israel-Hamas yang telah dipersetujui hari ini, ketika tinjauan foto Bernama di Taman Greenwood.

Pemuda Pakatan Harapan dilihat melakukan konvoi kenderaan secara berkumpulan di Jalan Tun Razak bagi mendesak Amerika Syarikat agar tidak mencampur tangan dan akur kepada gencatan senjata Israel-Hamas yang telah dipersetujui hari ini.

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dipersetujui pada jam 2 pagi Jumaat (jam 11 malam GMT, Khamis) dengan Mesir bertindak sebagai perantara.

Iklan
Iklan