PKPD di lima penempatan termasuk asrama pekerja

Iklan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa penempatan termasuk asrama pekerja Kilang Oceanic Fabric Mill dan asrama pekerja Kilang Purnabina, Kluang, Johor berkuat kuasa Ahad ini sehingga 5 Jun 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah itu juga turut dilaksanakan di Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau, Sabah dan Kampung Batu Muda Tambahan serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Kuala Lumpur berhubung situasi kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketetapan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan amat tinggi di kesemua lokaliti berkenaan.

"Di PPR Kampung Limau, sebanyak 59 penduduk disahkan positif Covid-19 selepas 150 orang disaring.

Iklan

"Sebanyak 76 kes positif Covid-19 juga telah direkodkan di Kampung Batu Muda Tambahan hasil daripada 300 ujian saringan dilakukan KKM,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) & Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, PKPD melibatkan dua asrama pekerja kilang adalah membabitkan asrama Pekerja Kilang Oceanic Fabric Mill dan asrama Pekerja Kilang Purnabina, Kluang, Johor.

Iklan

"Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 33 ujian saringan di asrama Pekerja Kilang Oceanic Fabric Mill dan daripada jumlah itu, 25 orang didapati positif Covid-19.

"Selain itu, sebanyak 31 kes positif telah direkodkan di asrama Pekerja Kilang Purnabina hasil daripada 99 ujian saringan,” katanya.

Tambah beliau, Pelaksanaan PKPD Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau Sabah membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes serta memastikan penduduk kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

"Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 35 ujian saringan dan 24 daripadanya disahkan positif Covid-19,” katanya.