Impak PKP Covid-19

Iklan

Rakaman pemandangan suasana sepi dan suram berikutan prosedur operasi standard (SOP) serta larangan aktiviti riadah lantaran peningkatan kes Covid-19 yang sedang melanda di negara ini, khususnya di wilayah ini, ketika tinjauan di beberapa kawasan tumpuan sepanjang pantai Batu Manikar hari ini. Keadaan ini secara langsung memberi impak kepada keadaan fungsi ekonomi serta pendapatan golongan peniaga di sini.

Walaupun kerajaan membenarkan pengoperasian gerai dan restoran dengan prosedur operasi standard (SOP) 'dine-in' di Labuan, namun ramai antara pengusaha gerai makanan dan minuman di sini gusar lantaran peningkatan kes Covid-19 yang sedang melanda di negara ini, khususnya di wilayah ini.

Iklan
Iklan