ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 12 khemah peniaga pasar pagi di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai diarahkan tutup kerana tidak mendapat kebenaran untuk berniaga oleh pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, penutupan itu adalah hasil pemantauan bersama yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam Pemantauan Pematuhan Covid-19 yang dijalankan kira-kira jam 7 pagi pada Khamis.