JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru agar satu perbincangan secara permesyuaratan diadakan melibatkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi memberikan pandangan masing-masing dalam membendung penularan Covid-19.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah sejak kebelakangan ini, Johor mencatatkan kes positif Covid-19 yang semakin tinggi dengan 699 kes dilaporkan pada Rabu.