Tongkang karam di Mumbai, 26 maut 49 masih hilang

Iklan
Anggota Tentera Laut India menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tongkang karam akibat dibadai Siklon Tauktae di 35 batu nautika dari Mumbai. - Foto EPA

NEW DELHI - Sebanyak 26 mayat dijumpai di Laut Arab selepas sebuah tongkang karam dibadai Siklon Tauktae di 35 batu nautika dari Mumbai, lapor Agensi Anadolu.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, setakat ini 188 orang berjaya diselamatkan dan 49 lagi masih hilang, menurut jurucakap Tentera Laut India Komander Mehul Karnaik.

Iklan
Iklan

Tauktae membadai barat negeri Gujarat pada lewat Isnin dengan tiupan angin mencecah 185 kilometer sejam, menyebabkan banyak kemusnahan. - Bernama