ICU Lapangan

Iklan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membangunkan Unit Rawatan Rapi Lapangan (Field ICU) di kawasan parkir Hospital Kepala Batas (HKB) di sini bagi merawat pesakit COVID-19.

Komander Field ICU HKB Leftenan Kolonel Dr. Mohd Zamri Derahman berkata Field ICU akan menempatkan 27 buah katil bagi menampung bilangan pesakit COVID-19 kritikal yang memerlukan rawatan rapi.

Iklan
Iklan

Empat buah kontena ATM digunakan untuk menempatkan 12 buah katil dan 15 buah katil lagi ditempatkan di empat buah khemah yang didirikan di kawasan parkir dalam HKB. - Foto Bernama