MUAR - Perkeso Muar menggalakkan keluarga mahupun waris kepada pencarum yang telah meninggal dunia membuat semakan kelayakan terhadap hak-hak yang ditawarkan pertubuhan berkenaan.
Pengurus Perkeso daerah, Redhuan Muda berkata, ia bagi mengelakkan waris mahupun ahli keluarga pencarum keliru atau terlepas pandang mengenai hak yang wajar mereka miliki.