Banjir Sabah: Mangsa meningkat kepada 72 orang
Iklan
KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Beaufort dan Tenom yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 72 orang setakat 8 pagi Selasa berbanding 59 mangsa petang Isnin.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan DP Mohd Dun Banir di Beaufort ialah seramai 46 mangsa daripada 12 keluarga berbanding 33 mangsa daripada sembilan keluarga berbanding pada Isnin.