ATM pantau, tingkat keselamatan siber
Iklan
Affendi Buang
KUALA LUMPUR - Aspek keselamatan dan pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dipantau setiap masa dalam memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan ATM dapat ditangani, kata Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang.
Beliau berkata, tindakan serta langkah-langkah sewajarnya yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber sebagai langkah menangani apa juga kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir-anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber ATM serta Kementerian Pertahanan.