Dunia kecam rejim Zionis

Iklan
AMERIKA SYARIKAT Kumpulan aktivis berhimpun di New York sambil melaungkan slogan mengecam kekejaman rejim Zionis dan menzahirkan sokongan ke atas gerakan Hamas.

KEMPEN pengeboman semakin meningkat yang dilancarkan rejim Zionis ke atas Genting Gaza mengundang kecaman dan bantahan komuniti antarabangsa di seluruh dunia.

Di beberapa negara termasuk di Eropah, kumpulan penunjuk perasaan turut berhimpun dan berarak bagi mengutuk serangan ganas tersebut.

Iklan
Iklan

Konflik terbaharu Israel-Palestin yang berlarutan selama hampir seminggu itu disifatkan yang terburuk sejak Operasi Perlindungan Sempadan atau Perang Gaza pada tahun 2014 dan telah meragut sekurang-kurangnya 181 nyawa termasuk 52 kanak-kanak. - AFP