Terpaksa sediakan kontena khas simpan mayat pesakit Covid-19
Iklan
SUNGAI BULOH - Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat yang meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi hantaran dimuat naik di Facebooknya memaklumkan enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu pada Ahad.