Penagih dadah paling tinggi di Pahang, Kelantan: AADK
Iklan
PASIR PUTEH - Dengan jumlah 17,580 penagih direkodkan antara Januari dan Oktober di Kelantan tahun lepas, ia menjadi negeri kedua selepas Pahang yang memiliki jumlah penagih dadah paling ramai dalam negara.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK) Rohayu Ahmad berkata daripada jumlah itu 8,666 diletakkan di bawah kategori Orang Kena Pengawasan (OKP), antaranya termasuk 695 di Pasir Puteh, Kota Bharu (1,608), Bachok (1,272) dan 1,229 lagi di Pasir Mas.
Iklan
Iklan
Beliau berkata tahun lepas AADK Kelantan menjalankan saringan air kencing ke atas 4,545 pelajar sekolah menengah dari 167 buah sekolah dan mengesan 249 kes pelajar yang didapati positif dadah; namun menurutnya jumlah itu menyaksikan penurunan berbanding 292 kes pelajar positif dadah yang dikesan dalam saringan sepanjang tahun 2017.
"Apa yang membimbangkan ada juga kalangan mereka yang meminum air ketum, yang dianggap seolah-olah perkara biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai di sini, hari ini.
Iklan
Iklan
Pelbagai acara diadakan sempena majlis itu, antaranya termasuk dikir barat, sukaneka, ikrar anti dadah, penganugerahan tokoh dan pembacaan sajak yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan, Norwahidah Zinalibdin. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>