PEKAN - Seorang kontraktor dikompaun RM4,000 kerana membenarkan kunjungan tetamu ke rumahnya di Felda Chini 2, di sini sempena Hari Raya Aidilfitri pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, tindakan itu diambil susulan satu video yang ditularkan berkenaan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah lelaki berusia 45 tahun itu.