Taska, tadika di Sarawak dibenarkan operasi
Iklan
KUCHING - Semua taska dan tadika di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai Isnin depan dengan syarat perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dipatuhi sebelum, semasa dan selepas kanak-kanak hadir ke premis terbabit.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, setakat 11 Mei, sebanyak 102 permohonan untuk beroperasi diterima daripada tadika swasta melibatkan 286 anak petugas barisan hadapan dan 1,022 anak petugas dalam perkhidmatan penting.