Pasukan petugas khas ditubuhkan siasat isu kuil
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebuah Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pasukan itu yang dikenali sebagai Op Seafield diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan menggabungkan personel daripada JSJ Bukit Aman dan kontinjen polis Selangor termasuk beberapa pejabat polis daerah di bawahnya bagi menjalankan siasatan.