Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara kembali meningkat

Iklan
Pada Selasa, Malaysia terus merekodkan kes Covid-19 harian melebihi angka 3,000, dengan sejumlah 3,807 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

KUALA LUMPUR- Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia kembali mencatatkan peningkatan.

Angka itu meningkat kepada 1.13 pada Isnin berbanding 1.11 hari sebelumnya.

Iklan
Iklan

Kedah kekal mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.31.

Manakala negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 ialah Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Melaka dan Johor.

Iklan

Ini termasuk Selangor, Perak, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Sarawak, Kelantan dan Sabah merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.

Iklan

Sementara itu, Perlis dan Labuan mencatatkan tiga kes baharu Covid-19.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti daripada satu kes positif.

Pada Selasa, Malaysia terus merekodkan kes Covid-19 harian melebihi angka 3,000, dengan sejumlah 3,807 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara kini 444,484 kes.