Maggi edar 130,000 mangkuk bubur lambuk

Iklan
Maggi menyediakan 130,000 mangkuk bubur lambuk istimewanya untuk diedarkan ke 135 lokasi di seluruh Malaysia.

SHAH ALAM- Maggi menyediakan 130,000 mangkuk bubur lambuk istimewanya untuk diedarkan ke 135 lokasi di seluruh Malaysia.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, penerima sumbangan bubur lambuk Maggi ialah petugas barisan hadapan yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), petugas-petugas kesihatan dan pejabat kerajaan yang telah bertungkus-lumus melawan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bubur lambuk itu turut diagihkan kepada keluarga B40 dan penghuni di 52 Program Perumahan Rakyat (PPR), serta rumah anak yatim dan kebajikan.

"Kami menghargai dedikasi dan pengorbanan yang tidak ternilai oleh wira barisan hadapan yang telah memberikan sumbangan besar terhadap keperluan masyarakat sepanjang pandemik ini.

Iklan

"Ini adalah cara kami untuk berterima kasih dan membawa kemeriahan raya kepada mereka yang terus berkhidmat untuk negara pada masa yang mencabar ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, dalam menjayakan penyediaan bubur lambuk Maggi, pengeluar beras terkemuka di Malaysia Jasmine Food Corporation, telah menyumbang 2,500 kilogram beras wangi dan minyak masak ALIF menaja 1,250 liter minyak masak.

Iklan

"Maggi juga menerima 140 tong gas petroleum cecair (LPG) daripada BHPetrogas dan 1,250 liter santan kelapa dari Kara Malaysia, pengeluar produk santan tempatan.

"Kami berharap inisiatif ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi keberkatan Ramadan dengan mereka yang sedang berkhidmat atau memerlukan," katanya.