KUALA LUMPUR - Tindakan polis Israel melakukan provokasi dan kekerasan ke atas penduduk Palestin sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam adalah satu tindakan tidak bertamadun dan bertentangan dengan hak asasi manusia.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan bakal menyambut Aidilfitri, Israel memilih untuk mewujudkan ketegangan dan kekacauan di sekitar masjid al-Aqsa.