Kes jenaka rogol: Ain terima ancaman buang sekolah

Iklan
Gambar kiri: Ain Husniza Saiful Nizam, bebenang di twitter adik Ain.

SHAH ALAM - Remaja di sebalik gerakan #MakeSchoolASaferPlace, Ain Husniza Saiful Nizam atau lebih dikenali adik Ain menerima ancaman buang sekolah apabila mendapat surat amaran yang pertama.

Ain Husniza menerusi Twitternya, @ant33ater kira-kira pada jam 1 pagi, meluahkan kekecewaannya apabila sekolah yang dicintainya bertindak sedemikian kerana kelantangannya berkongsi perkara itu di media sosial.

Iklan
Iklan

Pelajar itu mendakwa menerima surat amaran tersebut selepas tidak hadir ke sekolah selama tiga hari.

"Pada hari yang sama surat dikirimkan, (itu) adalah hari yang sama dengan ayah saya bertemu dengan pengetua.

Iklan

"Dia mengatakan bahawa dia menyokong saya pada hari itu tetapi meneruskannya dan melakukan ini (notis amaran) pada hari yang sama," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Selain itu, Ain Husniza turut mempersoalkan mengapa dia dihukum kerana meluahkan pendapat dan pemikirannya.

Iklan

"Di manakah kita sebagai pelajar yang seharusnya merasa selamat sekarang? Saya mendapat surat amaran bahawa saya akan diusir kerana bercakap mengenai perkara yang betul.

"Guru itu dan pelajar yang membuat ancaman rogol tidak diambil tindakan terhadap mereka tetapi saya diusir. Ini akan merosakkan hidup saya," katanya.

Hantaran di Facebook Saiful Nizam.

Ain turut mengkritik pendidik yang menyembunyikan cerita dan mendesak reformasi dalam sistem pendidikan untuk mengelakkan lebih ramai pelajar diancam dan dihukum kerana bercakap benar.

"Kami selalu diancam dan mereka selalu berjaya. Sekarang untuk sekali, suara kami sebagai pelajar didengar dan saya ingin meminta kalian, orang dewasa, pendidik, pemerintah, ahli politik, tolong selamatkan kami.

"Kami hanya mahu selamat di sekolah kami sendiri," katanya.

Pada hari yang sama, bapa Ain, Saiful Nizam Abdul Wahab menyiarkan tangkap layar di Facebook berkaitan komen yang katanya dilakukan oleh seorang guru di sekolah Ain.

Wanita yang didakwa sebagai guru besar itu menggelar Ain sebagai munafik dan anak perempuan yang kurang ajar di satu poster forum dalam talian yang bertajuk"Speak Up!".

Saiful telah berkongsi profil Facebook guru itu, yang nampaknya mengesahkan bahawa dia bekerja di sekolah Ain.

"Walaupun dia marah, di manakah adabnya? Siapa yang bersikap kasar," ujarnya.