Malaysia, OIC perlu keluar kenyataan terhadap keganasan Israel

Iklan
Mohamad Hasan

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa kerajaan Malaysia, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan pihak berpengaruh mengeluarkan kenyataan penentangan secara kolektif terhadap keganasan rejim Israel.

Menurutnya, pihak tersebut perlu memainkan peranan penting bagi menghentikan keganasan seperti itu.

Iklan
Iklan

"Kita sudah jemu dengan keganasan namun bagi kerajaan Israel seolah-olah ia adalah urusan harian mereka. Membiarkan perkara ini terus berlaku sangat tidak wajar.

"Tindakan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin mesti dikutuk dan tidak boleh ditoleransi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Pada Sabtu, lebih 170 penduduk Palestin dan aktivis cedera ketika polis Israel menembak peluru getah dan bom tangan di Masjid Al-Aqsa.

Situasi itu berpunca daripada penduduk Palestin mendirikan solat Jumaat terakhir bulan Ramadan dan bersolidariti menentang pembinaan 540 rumah haram di Sheikh Jarrah.

Iklan

Menurut Mohamad Hasan, pendudukan dan pembinaan rumah haram di tanah milik rakyat Palestin menjadikan proses damai mustahil untuk berjaya.

"Rundingan damai pada masa depan akan tercemar oleh tindakan ini dan menghapuskan wibawa moral rejim Israel.

"Saya bersolidariti dengan mangsa rejim Isreal atas kejahatan keji mereka terhadap rakyat Palestin.