Bayaran BPR fasa dua berperingkat bermula hari ini
Iklan
Kuala Lumpur - Bank Simpanan Nasional (BSN) akan melaksanakan pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 fasa dua secara berperingkat bermula hari ini hingga 12 Mei 2021 untuk pengkreditan akaun dan 17 Mei 2021 secara pembayaran tunai di cawangan BSN.
Ketua Eksekutif BSN Jay Khairil berkata, bagi penerima pembayaran BPR 2021 fasa dua secara tunai, mereka dinasihatkan merancang waktu kunjungan ke cawangan BSN dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.