Tuanku Muhriz nasihat rakyat rai Aidilfitri sederhana
Iklan
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
SEREMBAN - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya rakyat negeri ini meraikan sambutan Aidilfitri secara sederhana berikutan suasana ekonomi negara yang tidak menentu ketika ini.
Titah Tuanku Muhriz, kesan penularan wabak Covid-19 telah mengurangkan kegiatan ekonomi yang menjejaskan sumber pendapatan, maka sambutan Hari Raya pada tahun ini seharusnya diraikan tanpa perbelanjaan besar atau mewah.
Iklan
Iklan
"Beta juga mengingatkan semua rakyat jangan sesekali mengabaikan penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah.
"Semua ini adalah amat penting untuk diamalkan kerana inilah cara kita dapat mengelakkan jangkitan dan memutuskan rantaian wabak itu,” titah baginda dalam perutusan sempena Aidilfitri di sini pada Jumaat.
Iklan
Dalam pada itu, Tuanku Muhriz turut menyeru semua rakyat agar segera mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi memastikan semua masyarakat mendapat perlindungan.
Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan kerajaan negeri termasuk petugas kesihatan, pasukan keselamatan dan semua rakyat negeri ini dalam memerangi Covid-19 terutama mereka yang perlu bertugas ketika Aidilfitri nanti.
Iklan
Baginda dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta keluarga turut mendoakan seluruh rakyat Negeri Sembilan agar sentiasa berada di bawah perlindungan ALLAH S.W.T dan terus kekal aman makmur serta dijauhi daripada sebarang musibah dan bencana. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796689/edisi/melaka-ns/mb-sahkan-proklamasi-penurunan-takhta-tuanku-muhriz-diputuskan-semua-exco-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #Proklamasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-17T05:42:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P86S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb8thwm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb8thwm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb8thwm"></script>