‘Masih belum dapat pulang modal’

Iklan
Mahani

SHAH ALAM - Seorang peniaga di bazar Ramadan Johan Setia, Klang mengakui masih belum mendapat pulangan modal yang dikeluarkan untuk berniaga di bazar Ramadan tahun ini.

Mahani Muhammad, 46, yang berniaga kuih-muih, air balang dan juga ayam goreng berkata, dia mengeluarkan modal kira-kira RM5,000 untuk berniaga di bazar Ramadan tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengumuman penutupan bazar Ramadan memang memberikan kesan kepadanya.

"Saya sudah banyak berhabis untuk membeli stok jualan. Bila kerajaan umum bazar Ramadan tidak boleh beroperasi, memang saya kena tanggung rugi.

Iklan

"Sehari modal jual ayam RM200. Stok barang lain pula anggarannya dalam RM500 seminggu. Sebulan sudah hampir RM2,000. Kami belum rasa untung lagi kerana modal pun tak dapat,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mahani berkata, dia berharap kerajaan negeri dapat membenarkan peniaga untuk berniaga di tepi jalan bagi memperoleh pendapatan.

Iklan

"Berniaga tepi jalan, walaupun hanya sikit yang akan terjual, tapi syukur ada juga pendapatan.

"Lagi satu, peniaga dapat habiskan stok barang mereka. Macam saya, buah kelapa tidak boleh simpan lama,” katanya.