Covid-19: Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup

Iklan
Mohamad Rafie

SEREMBAN - Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan diarahkan tutup selama dua hari bermula Rabu selepas terdapat pengesanan kes positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, penutupan itu atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi membolehkan pihaknya mengesan kontak rapat dan proses disinfeksi.

Iklan
Iklan

"Sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Syed Sirajuddin, SK Pedas, SK Undang Rembau dan SK Taman Tuanku Jaafar 2.

"Penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko PKD yang berkaitan," katanya di sini pada Selasa.

Iklan

Sejak 22 April lalu, lebih 30 sekolah di Negeri Sembilan sudah diarahkan tutup atas nasihat PKD.

Iklan