KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2021 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas jasa, khidmat dan bakti kepada negara dan masyarakat.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh anggota JPBM kerana melaksanakan tugas dengan berani dan penuh dedikasi dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.