Anak yatim seronok beli baju raya
Iklan
Muhammad Hafiz (kanan) membantu anak-anak yatim memilih baju raya.
SHAH ALAM - Keceriaan jelas terpancar pada wajah 94 anak-anak yatim apabila mereka dibawa oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) membeli baju raya di gedung tekstil terkenal, Jakel Shah Alam di sini.
Ketua Perhubungan Awam dan Media KDEBWM, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, program berkenaan kali pertama diadakan dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Jakel bagi memberi keceriaan kepada anak-anak yatim tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tiga pusat anak yatim berkenaan ialah Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Kajang; Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Sabak Bernam dan Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah, Kota Damansara yang berdaftar di bawah YIDE.
Mahfuzah dan Muhammad Hafiz
"Sebanyak RM24,490 dana berjaya dikumpul hasil kutipan daripada 400 kakitangan agensi ini sepanjang April lalu untuk diinfakkan bagi menjayakan program tersebut.
Iklan
"Kali ini kita memperuntukkan kira-kira RM18,000 untuk membeli pakaian raya anak-anak yatim, manakala dana selebihnya akan disalurkan kepada agensi-agensi yang memerlukan,” katanya pada Ahad.Sementara itu, Penolong Pengurus Seksyen Perancangan Strategik YIDE, Muhammad Hafiz Bahari berterima kasih kepada KDEBWM dan Jakel atas kerjasama untuk menjayakan program tersebut.
Beliau berkata, YIDE turut mengagihkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM775,800 kepada 7,758 anak yatim berdaftar di sembilan daerah di Selangor tahun ini.
Iklan
"Bantuan RM100 setiap seorang disalur terus ke akaun bank anak yatim secara berperingkat bermula awal Ramadan,” katanya.
Anak-anak yatim memilih baju raya kegemaran mereka semasa membeli-belah di Jakel Shah Alam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>