UiTM hantar pulang pelajar sempena Aidilfitri mulai Jumaat
Iklan
SHAH ALAM - Penghantaran pulang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke rumah masing-masing sempena sambutan Aidilfitri akan bermula Jumaat ini hingga 12 Mei dengan jangkaan melibatkan lebih 16,000 pelajar dari seluruh kampus.
Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan pihaknya menyediakan lebih 200 kenderaan melibatkan bas, kenderaan pelbagai guna (MPV) serta kereta untuk melancarkan pergerakan pelajar ke seluruh negara.