Glomac jadi pilihan utama pembeli rumah

Iklan
Tengku Ahmad (dua dari kanan) menyerahkan kunci kepada Wan Bukhari (kiri) di Tresna Teruntum, Sungai Buloh.

SHAH ALAM - Pemaju perumahan terkemuka, Glomac Berhad (Glomac) berjaya menyiapkan projek perumahannya mengikut jangkaan meskipun negara dilanda penularan pandemik Covid-19 menyebabkan ia menjadi pilihan utama pembeli rumah.

Pengurus Kanan Projek (Saujana Perdana) Glomac, Tengku Ahmad Izzat berkata, pandemik Covid-19 yang melanda negara pada tahun 2020 telah memberi impak kepada pelbagai pihak termasuk pemaju perumahan itu.

Iklan
Iklan

"Sokongan dan keyakinan pihak pembeli telah memainkan peranan yang besar sebagai pembakar semangat pasukan Glomac dalam memastikan rumah-rumah tersebut siap pada tarikh yang disasarkan.

"Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pembeli,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Pada Mac lalu, Tengku Ahmad menyerahkan kunci kepada pemilik rumah di Tresna Teruntum, Sungai Buloh.

Beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan kunci rumah selepas melakukan pemeriksaan yang rapi untuk memastikan rumah yang berkualiti, sekali gus memberikan keselesaan kepada penghuni.

Iklan

"Tresna Teruntum telah dilancarkan pada tahun 2018 dan dijual dalam masa tiga minggu selepas pelancarannya. Lokasi strategik dan harga mampu milik yang ditawarkan merupakan beberapa faktor utama projek ini mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Menurutnya, Tresna Teruntum adalah salah satu daripada siri rumah Tresna yang terletak di atas tanah berkeluasan tujuh hektar (19 ekar) di perbandaran Saujana Perdana dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM102.7 juta.

"Tresna Teruntum terdiri daripada 186 unit rumah teres dua tingkat, berkeluasan 1,752 kaki persegi untuk unit tengah dan 1,782 kaki persegi untuk unit tepi,” kata beliau.

Sementara itu, salah seorang pembeli, Wan Bukhari M Daud berkata, Glomac menjadi pilihan utamanya dan telah membeli sebanyak tiga rumah daripada projek perumahan pemaju terbabit.

Tengku Ahmad (dua dari kanan) menyerahkan kunci kepada Mohd Fakhrul Radzi (tiga dari kanan) di Tresna Teruntum, Sungai Buloh.

"Setiap kali saya membeli hartanah daripada Glomac, pasti akan siap pada waktunya dan projek tidak pernah terbengkalai. Kali ini saya membeli rumah untuk anak saya pula dan bersyukur ia siap dibina tepat pada masanya. Semoga rumah ini menjadi hadiah Ramadan terbaik untuk anak saya,” katanya.

Seorang lagi pembeli, Mohd Fakhrul Radzi Kamaludin turut bersetuju dengan Wan Bukhari mengenai projek perumahan Glomac yang siap tepat pada masanya dan reka bentuk rumahnya yang moden.

Saujana Perdana adalah sebahagian daripada perbandaran terancang Glomac, Bandar Saujana Utama yang telah berkembang pesat sejak tahun 1995.

Kini, ia lengkap dengan pelbagai utiliti seperti institusi pengajian dan sekolah, taman rekreasi, tempat beribadat, kemudahan kesihatan, restoran serta kedai-kedai barangan runcit dan harian.

Selain daripada Tresna Teruntum, pembinaan pembangunan bertingkat tinggi Glomac yang terletak di Petaling Jaya - Damansara iaitu Plaza@Kelana Jaya dan 121 Residences juga berada dalam landasan tepat dan dijangka akan siap dalam tahun 2022 dan 2024.